Pemimpin UMNO Dilaporkan Positif Covid-19 Selepas Berkempen

SEORANG PEMIMPIN UMNO
DILAPORKAN POSITIF COVID-19 SELEPAS BERKEMPEN DI KAWASAN PARLIMEN SIPITANG
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif
COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang.Memetik laporan sebuah
portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani kuarantin
wajib bagi mendapatkan rawatan susulan.
Laporan yang memetik sumber itu memaklumkan beliau telah
dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.“Setakat ini, keadaan masin
terkawal dan beliau telah dimasukkan ke hospital sebentar tadi bagi
dikurantinkan bagi mendapatkan rawatan,” kata sumber itu ringkas.
Sumber turut menjelaskan semua kontak rapat pemimpin UMNO
itu juga telah diminta untuk melakukan ujian swab bagi mengelakkan sebarang
penularan.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,
bagaimanapun berkata tiada laporan rasmi yang diterima setakat ini.Namun tegas
beliau, jika ia benar dan didapati positif, individu itu perlu dikuarantin di
Sabah sehingga dia benar-benar pulih sepenuhnya.“Saya pun belum dapat
memastikan laporan mengenai hal itu.
Jika ada, perlu dirawat sehingga pulih sebelum pulang ke
Semenanjung.“Sebab itu saya sentiasa pesan patuhi prosedur operasi standard
(SOP) yang dikeluarkan kerajaan,” katanya.Ismail Sabri turut menegaskan Jawatan
Kuasa Kabinet akan membuat perbincangkan berkenaan isu keselamatan dan kesihatan
di Sabah semasa Pilihan Raya Negeri (PRN), pada Selasa depan.
Sumber : Astro Awani
No comments: