Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk Dalam Keluarga Kita? Cuba Amalkan Tips ini... - InfoMalaysiaKini

Breaking

Saturday, 19 September 2020

Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk Dalam Keluarga Kita? Cuba Amalkan Tips ini...

 



Jika isteri dah siapkan minuman, makanan, dah dihidangkan atas meja, lepastu isteri panggil kita makan, kita pula sibuk dengan telefon, sibuk hal lain lagi, lalu biarkan makanan sejuk, maka lambatlah rezeki.

 

Jika pulang ke rumah, sampai-samapi anak terus menerpa dekat dekat kita, sambil bising-bising.. nak itu nak ini. Penat macamana sekali pun, duduklah sekejap dan bercakap dengan mereka. Peluk cium anak, itu cara kita menghargai mereka 'pembawa rezeki'. Jangan marah-marah, jangan cepat naik angin.

 

Bila bangun pagi, kejutkan juga pasangan untuk bangun sekali. Jangan dibiarkan saja pasangan tidur dan terus hanyut meninggalkan solat subuh. Ini juga salah satu rezeki susah nak dekat dengan kita. Bila rezeki sempit, hubungan rumahtangga pun makin dingin. Itu yang nak bergaduh je laki bini berantakan.

 

 

 

 

 

Usahakan untuk beri wang belanja kepada isteri walau gaji kita kecil. Kalau tak mampu bagi RM100, berilah RM50 @ RM10. Rajin-rajin tengok dompet isteri, jangan terkejut kalau nampak duit syiling je yang ada.

 

Zaman ini memang era orang perempuan gajinya lebih besar, namun usaha memberi nafkah itu adalah pintu kepada banyaknya lorong rezeki.

 

Banyak-banyak bergurau mesra dari marah-marah. Tengok balik dalam rumah tangga semua kita. Macamana bonding kita dengan isteri. Selama ni kalau cara kita banyak sakitkan hati dia, berubahlah. Isteri tak pernah lupa untuk berdoa buat suaminya. Itulah antara salah satu asbab rezeki kita berpanjangan. Doa isteri mustajab buat suami.

 

Namun jika orang di dalam rumah itu sering marah, sering tak suka itu ini, sering hatinya tak bahagia, mana ada makhluk mahu bertandang, termasuklah rezeki.

 

Jangan lupa untuk bahagiakan orang yang kita sayang


No comments:

Post a comment