DATUK SRI PANGLIMA HAJIJI NOOR : KETUA MENTERI SABAH

Kota Kinabalu: Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk
Hajiji Noor mendapat sokongan sebulat suara sebagai Ketua Menteri (KM) Sabah.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut mengesahkan Majlis Angkat
Sumpah Ketua Menteri bakal berlangsung esok.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lalu , pakatan
GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN) , Barisan Nasional (BN),
Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memperoleh 38
kerusi berbanding Warisan Plus mendapat 32 kerusi manakala Bebas (3).
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan
mengangkat sumpah pada majlis di Istana Negeri esok pada pukul 10.30 pagi.
Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandate rakyat
sebaiknya.
Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih
pemimpin daripada GRS, Katanya pada satu sidang media di The Magellan Hotel di
sini, hari ini.
No comments: