3 ANGGOTA KESELAMATAN DIKESAN POSITIF COVID-19

3 ANGGOTA KESELAMATAN DIKESAN POSITIF COVID-19 DI LAHAD DATU
LAHAD DATU; 19 SEPTEMBER 2020 (Sabtu) - Sebanyak 12 kes
Positif COVID-19 dikesan di daerah Lahad Datu semalam dan Jabatan Kesihatan
Negeri Sabah (JKNS) sahkan Tiga daripadanya merupakan anggota pasukan
keselamatan Lahad Datu.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dalam kenyataannya
berkata, ketiga-tiga anggota pasukan keselamatan tersebut dikesan Positif
COVID-19 semasa saringan kontak untuk Kluster Benteng LD.
Sementara itu, seorang lelaki warga asing merupakan Orang Kena Tahan (OKT) di
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dikesan Positif.
Katanya, lima lagi kes Positif di daerah berkenaan dikesan melalui saringan
kontak dari Kluster Benteng LD, selain terdapat tiga kes merupakan saringan
SARI.
Dr Christina berkata, Semua 12 kes Positif bagi daerah Lahad
Datu itu dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.
Sementara itu, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM)
melaporkan, Daerah Lahad Datu telah menjalankan saringan keatas 2-ribu
9-individu dan 151-individu didapati Positif, manakala 1-ribu 306-individu
negatif dan 552 lagi masih menunggu keputusan saringan.
Sumber : BESTAWAUfm
No comments: