[RASMI] Permohonan Jawatan Kosong LHDN 2020 Di Buka untuk seluruh Malaysia ~ Permohonan Terbuka Lelaki & Wanita - InfoMalaysiaKini

Breaking

Monday, 17 August 2020

[RASMI] Permohonan Jawatan Kosong LHDN 2020 Di Buka untuk seluruh Malaysia ~ Permohonan Terbuka Lelaki & Wanita

 

Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) 2020. Kekosongan Jawatan di LHDN telah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan. Kekosongan ini dibuka di seluruh cawangan LHDN yang ada di Malaysia. Jangan lupa untuk kongsi Jawatan Kosong LHDN kepada keluarga atau rakan-rakan anda yang tengah mencari kerja.



MAKLUMAT JAWATAN KOSONG LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDN)


Jawatan kosong yang telah ditawarkan oleh LHDN :-

  1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KEJURUTERAAN) GRED 31
  2. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 31
  3. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 31
  4. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PERAKAUNAN) GRED 31

TARAF JAWATAN

  • Tetap

 

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  2. Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Diploma berkenaan.

 

KELAYAKAN TAMBAHAN

  1. Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan.
  2. Pemohon perlu memiliki Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

GAJI

  • RM2,528.00

 

TARIKH TUTUP

  • 28 Ogos 2020


CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan untuk Jawatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah calon perlu membuat permohonan melalui atas talian/online sahaja.
  2. Calon yang berminat perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.
  3. Pendaftaran ini hanyalah sekali sahaja.
  4. Klik pautan biru untuk membuat pendaftaran.



Klik sini : Daftar


STEP UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN JAWATAN



  1. klik link https://career.hasil.gov.my/Default.aspx untuk membuat permohonan
  2. masuk No.Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftar
  3. Pilih Jawatan
  4. Klik Log Masuk
  5. Isi maklumat yang diminta
  6. Pilih Jawatan yang ingin di pohon
  7. Calon hanya dibenarkan untuk memohon satu jawatan yang diiklankan sahaja. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM

MAKLUMAT TEMUDUGA

  1. Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.
  2. Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.

 

Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk sebarang perkembangan terkini berhubung tawaran jawatan ini. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: kerjaya@hasil.gov.my


No comments:

Post a comment