PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT DISEWA / DIMILIKI MENGIKUT NEGERI
Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk
penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi
golongan berpendapatan rendah (B40).
Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR
Disewa dan PPR Dimiliki.
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005).
CIRI-CIRI PPR
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat;
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres;
- Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi;
- Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air; dan
Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
- Surau/Ruang Solat,
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
PROJEK PPR (DISEWA)
Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002
bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan
rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
PROJEK PPR (DIMILIKI)
Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan
untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki
rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit
di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
CARA MEMOHON RUMAH PPR
Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat seperti di PAUTAN
BIRU:
Nota: Prosedur permohonan, syarat kemasukan dan kaedah
pemilihan adalah mengikut negeri masing-masing.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
Aras 33, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
(Bahagian Pengurusan Perumahan)
No comments: