Minima PMR / PT3 Layak Memohon Sebagai Pengawal Keselamatan KP11 Di MAJLIS Universiti Malaysia Sabah (UMS) - 50 KEKOSONGAN - InfoMalaysiaKini

Breaking

Wednesday, 19 August 2020

Minima PMR / PT3 Layak Memohon Sebagai Pengawal Keselamatan KP11 Di MAJLIS Universiti Malaysia Sabah (UMS) - 50 KEKOSONGAN

 

IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.  Kekosongan Jawatan di UMS telah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan. Kekosongan ini dibuka dan penempatan kerja di Universiti Malaysia Sabah. Jangan lupa untuk kongsi Jawatan Kosong UMS kepada keluarga atau rakan-rakan anda yang tengah mencari kerja.

 

 

 

 

MAKLUMAT JAWATAN KOSONG UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Jawatan kosong yang telah ditawarkan oleh UMS :-

  1. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

 

TARAF JAWATAN

  • Kontrak

 

KELAYAKAN MEMOHON

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan 


MEMPUNYAI SYARAT-SYARAT UKURAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA SEPERTI YANG BERIKUT

  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


GAJI

  • RM1,205.00

 

TARIKH TUTUP

  • 6 SEPTEMBER 2020


CARA UNTUK MEMOHON

  1. Permohonan Jawatan Kosong Universiti Malaysia Sabah hendaklah dibuat secara online ataupun atas talian sahaja melalui portal Ejobs UMS.
  2. Sekiranya diperlukan, pemohon yang belum mendaftar akaun hendaklah mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang permohonan jawatan.
  3. Pemohon haruslah mengisi maklumat lengkap diri serta memastikan untuk memuat naik resume pemohon yang terkini serta dokumen berkaitan.
  4. Tarikh tutup permohonan ini adalah 6 September 2020
  5. Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya.
  6. Untuk membuat permohonan jawatan klik pautan borang permohonan online. Untuk maklumat jawatan klik pautan kekosongan jawatan terkini.

 

 


  • Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan (b)(i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Calon yang pernah/sedang berkhidmat sebagai polis bantuan atau mempunyai sijil tamat latihan asas Polis Bantuan akan diberikan keutamaan.




No comments:

Post a comment