DEKODER MYTV PERCUMA DIBUKA SEMULA DENGAN TAMBAHAN 1 JUTA - INI CARA MOHON ONLINE
Kerajaan akan menambah lagi satu juta dekoder MYTV untuk
siaran televisyen percuma MyFreeview selepas mendapat permintaan tinggi
penduduk terutama di kawasan luar bandar.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi
Zainul Abidin berkata, ia usaha kerajaan untuk memastikan perkhidmatan jalur
lebar di semua kawasan berkualiti sekali gus siaran televisyen digital tidak
terganggu.
"Sekarang ini permintaan MyFreeview cukup tinggi.
Kerajaan telah memohon tambahan sebanyak satu juta lagi (dekoder) untuk kita
beri perkhidmatan percuma kepada rakyat, terutama di luar bandar, untuk
permintaan itu.
Dengan jumlah 1 juta unit yang dikeluarkan ini, semoga dapat
membantu mereka dalam menerima saluran televisyen digital MyFreeview tanpa sekatan
lagi.
Follow cara membuat permohonan dan apa syarat kelayakan yang
membolehkan kita untuk memohon rekoder MYTV percuma.
SYARAT KELAYAKAN MOHON DEKODER MYTV
- Golongan B40
- Golongan OKU
2 golongan ini adalah mereka yang layak untuk menerima dekoder MYTV secara PERCUMA. Mereka mestilah golongan yang didaftarkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan data Golongan B40 BSH adalah yang telah disaring dan tidak boleh dipindah.
Dengan kata lain, mereka yang telah menerima Bantuan Sara
Hidup di bawah Golongan B40, secara automatic anda akan dapat rekoder MYTV
secara percuma. Namun, kita boleh buat semakan untuk memastikan sama ada kita
layak atau tidak. Begitu juga dengan Golongan OKU siapa-siapa yang telah
berdaftar dengan JKM anda hanya perlu membuat semakan di bawah.
BUAT SEMAKAN KELAYAKAN DI SINI – REKODER MYTV SECARA PERCUMA
SOALAN LAZIM
BOLEHKAH SAYA MEMOHON?
Penerima Set Dekoder Percuma dipilih dari senarai B40 yang
telah disaring sehingga Mac 2016 dan tidak boleh dipinda.
ADAKAH SAYA LAYAK?
Semak kelayakan anda menerusi;
a. Laman web MYTV: www.mytvbroadcasting.my/b40 atau
www.myfreeview.tv
b. Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1300 80 6988 atau 1800 18 1088
BOLEHKAH SET DEKODER PERCUMA INI DIPINDAH MILIK?
Set Dekoder Percuma B40 tidak boleh dipindah milik, tetapi
anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza dan berada
dalam liputan siaran myFreeview. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah
bertanggungjawab terhadap Set Dekoder Percuma tersebut.
SAYA LAYAK NAMUN MASIH BELUM MENERIMA DEKODER SAYA. APAKAH
YANG PERLU SAYA LAKUKAN?
Anda perlu mengemaskini maklumat dengan tepat bagi pihak
kami membuat penghantaran ke alamat yang betul. Maklumat ini adalah tertakluk
kepada peraturan PDPA. Layari www.mytvbroadcasting.my/b40 untuk semakan dan
seterusnya kemaskini maklumat anda sekiranya anda tersenarai.
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Program ini merupakan inisiatif kerajaan bertujuan untuk
meringankan bebanan isi rumah golongan OKU.
Penerima yang terpilih adalah di kalangan mereka yang telah berdaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mempunyai kad OKU yang sah.
BOLEHKAH SAYA MEMOHON?
Penerima Set Dekoder Percuma dipilih dari senarai Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah disaring dan tidak boleh dipinda.
APAKAH KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU) YANG LAYAK?
Penerima yang layak adalah di kalangan mereka yang telah
berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mempunyai kad OKU yang sah.
BOLEHKAH WARIS MENGAMBIL ATAU MENERIMA DEKODER BAGI PIHAK
SAYA?
Boleh. Penerima haruslah mengemaskini maklumat diri dan
waris dengan tepat di dalam borang yang disediakan di laman sesawang
www.mytvbroacasting.my/b40. Maklumat yang telah dikemaskini tidak boleh
dipinda. Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 atau
1300-80-6988 untuk bantuan lanjut.
No comments: