Semakan PeKa B40 Online - InfoMalaysiaKini

Breaking

Monday, 20 July 2020

Semakan PeKa B40 Online




Manfaat Skim Peduli Kesihatan B40


Berikut dikongsikan empat manfaat program PeKa B40 iaitu:

Manfaat 1: Saringan Kesihatan
Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan
Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan


SEMAKAN PEKA B40





Untuk makluman, tiada pendaftaran diperlukan untuk program tersebut.

Sekiranya anda penerima Bantuan Sara Hidup 2019 dan berumur 50 tahun ke atas, maka anda secara automatik layak menerima manfaat program Skim Peduli Kesihatan ini.

Untuk lebih yakin, anda boleh semak kelayakan di https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang SEMAK.


Proses mendapatkan manfaat PeKa B40 adalah seperti berikut:

  1. Semak kelayakan Peka B40.
  2. Jika layak, lawati klinik PeKa B40 berdekatan yang dikenalpasti melalui pelekat logo PeKa B40 dengan membawa MyKad. Senarai klinik juga boleh didapati di sini
  3. Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
  4. Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan samada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.
  5. Klik : Peka B40 Clinics


Berikut adalah huraian setiap manfaat:



Manfaat 1: Saringan Kesihatan

Setiap penerima perlu menjalani saringan kesihatan di mana-mana klinik yang berdaftar dengan PeKa B40 bagi mendapatkan ketiga-tiga manfaat lain.

Saringan kesihatan ini merangkumi:
  1. pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
  2. saringan kesihatan mental
  3. pemeriksaan fizikal
  4. pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
  5. ujian darah dan ujian air kencing
  6. Saringan kesihatan ini boleh dibuat secara PERCUMA kecuali jika penerima bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri. semakan peka b40


Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan

Melalui manfaat ini, PeKa B40 menyediakan bantuan sehingga RM20,000 bagi membeli alat-alat perubatan seperti:
  1. tent untuk jantung
  2. Alat sendi tiruan
  3. Alat bantuan pendengaran
  4. Perentak jantung
  5. Prostesis dan implan untuk tulang belakang
  6. Prostesis dan ortosis tulang anggota
  7. Kanta mata intraokular
  8. Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  9. Bantuan sokongan nutrisi
  10. Kerusi roda


Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  1. Sekiranya penerima disahkan mengidap kanser, penerima akan menerima bayaran RM1,000 untuk melengkapkan pelan rawatan di hospital KKM.
  2. Pembayaran dipecahkan kepada dua kali bayaran dan dibayar secara terus ke akaun penerima.


Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan
  1. Dan menariknya di bawah program ini penerima akan menerima bantuan RM500 (Semenanjung) / RM1,000 (Sabah / Sarawak) bagi meringankan beban membayar kos perjalanan mendapatkan rawatan di hospital.
  2. Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.


Diharapkan bantuan kerajaan ini sedikit sebanyak meringankan beban anda.


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pejabat PeKa B40 di alamat berikut:

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor

Telefon: +603 8687 2500

Emel: info@pekab40.com.my

No comments:

Post a comment