Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan 240 jawatan Pembantu Awam ~ Kelayakan Minima PMR - InfoMalaysiaKini

Breaking

Monday, 29 June 2020

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan 240 jawatan Pembantu Awam ~ Kelayakan Minima PMR


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong yang telah diiklankan.


Senarai Dan Maklumat Jawatan Kosong Yang Ditawarkan :
  1. PEMBANTU AWAM H11



Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Lulus Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Pangkat A, Pangkat B atau Pangkat C atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  4. Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat sekurangkurangnya peringkat ‘D’ dalam 4 mata pelajaran termasuk subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  5. Pentaksiran Tingkatan Tiga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta memperolehi sekurangkurangnya Gred E dalam empat (4) mata pelajaran termasuk subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



CARA MEMOHON



Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari laman web Majlis Bandaraya Ipoh di www.mbi.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Portal Perak Digital (Aplikasi Kerajaan Negeri Perak).

Tarikh tutup permohonan : 13 Julai 2020

CATATAN AM
  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian / temuduga.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.





2 comments:

  1. Hai...saya gayithiry tolong panggil saya....saya dah habis spm tunggu kerja tq

    ReplyDelete
  2. Saya izah sye nk mohon kerja ni tpi sye gagal pt3 boleh ke?

    ReplyDelete