SARAWAK UMUM PAKEJ BANTUAN TAMBAHAN - Cara Permohonan - InfoMalaysiaKini

Breaking

Friday, 8 May 2020

SARAWAK UMUM PAKEJ BANTUAN TAMBAHAN - Cara Permohonan


Sarawak mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0 dengan peruntukan tambahan sebanyak RM290 juta. Peruntukan ini bertujuan untuk membantu rakyat di negeri Sarawak yang terkesan akibat COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memperkenalkan pakej bantuan itu diwujudkan selepas mendengar maklum rakyat yang berada di Sarawak.

BKSS 3.0 kata Abang Johari mengandungi tujuh langkah tambahan yang lebih inklusif untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat di Sarawak.

Antara bantuan yang akan diberikan antaranya :-



RM500 UNTUK BUJANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS 

Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secra sekali sebanyak RM500 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. 
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg pada sidang media Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0 hari ini. 
Sementara itu, pada sidang media yang sama, beliau turut mengumumkan bantuan pembayaran secara tunai sebanyak RM1,500 kepada anggaran 30,000 Ketua Isi Rumah yang layak tetapi tidak tersenarai di bawah BKSS 1.0.


TAMBAHAN RM750 KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL 

Kerajaan Sarawak membuat tambahan satu bulan geran khas kepada para penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan sebanyak RM750. 

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, dengan tambahan ini setiap penjaja dan peniaga kecil akan menerima secara keseluruhannya sejumlah RM2,250. 

Justeru, beliau berharap tambahan sebulan lagi akan membantu golongan penjaja dan peniaga kecil yang terjejas dari segi pendapatan pada masa ini.


PEMILIK, PENGENDALI PENAMBANG BERDAFTAR TERIMA BANTUAN TUNAI RM500

Para pemilik dan pengendali penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-sungai Sarawak turut mendapat perhatian daripada Kerajaan Sarawak.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg, pihaknya prihatin dengan nasib pengusaha penambang yang turut terkesan akibat pandemik COVID-19.

Oleh yang demikian, bantuan tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 akan diberikan kepada pemilik dan pengendali penambang yang berdaftar.

CARA PERMOHONAN

Kerajaan Sarawak telah membuka peluang bagi Ketua Isi Rumah yang layak untuk membuat rayuan secara atas talian seperti pautan berwarna biru atau melalui Pejabat Daerah yang berhampiran 


Penjaja atau peniaga kecil dan pemilik pengendali penambang akan menerima bantuan dengan berasakan maklumat yang telah didaftarkan dalam sistem kerajaan Sarawak.

UNTUK MEMBUAT SEMAKAN :-



3 comments:

  1. Saya mahu isi borang sarawaku sayang

    ReplyDelete
  2. Nak mohon telefon pintar percuma untuk anak saya

    ReplyDelete
  3. Saya penerima bpn yg lulus layakkah memohon telefon pintar percuma untuk anak saya dan bagaimana cara memohon

    ReplyDelete