Ini Cara Memohon Ibu Smart Selangor (KISS) Dengan Lebih Cepat & Mudah - Manfaat yang memuaskan dengan hanya DAFTAR

Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu golongan berpendapatan rendah (KUMPULAN B40) bertujuan untuk mengiktiraf peranan penting seorang kaum Ibu dalam sesebuah keluarga.
Program ini bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas untuk setiap bulan. Golongan yang telah berdaftar dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar dengan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

KELAYAKAN UNTUK PERMOHONAN
Berdaftar sebagai Pemohon BSH dibawa kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
- Wanita Berkeluarga / Ibu tunggal
- Pendapatan bulanan RM2000
CARA MENDAFTAR
Klik pautan biru untuk membuat permohonan
Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar ke pejabat :
- Ahli Dewan Negeri
- Penyelaras Dewan Negeri
- Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor
- Senarai Alamat Pejabat
HUBUNGI KAMI
NO TEL : 1800-22-6600
NO FAX : 03-5525 6900
EMAIL : admin@selcare.my
No comments: