DUIT I-LESTARI BELUM DIKREDITKAN - Proses Dapatkan Duit I-lestari Dengan Lebih Cepat Dan Tepat

Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) telah meluluskan
pengeluaran Akaun 2 kepada 3.5 juta pencarum berjumlah RM1.66 bilion sejak
pengeluaran i-Lestari dilancarkan April lalu.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri, dalam
satu kenyataan hari ini berkata setiap pencarum yang telah mendapat kelulusan
KWSP, amaun yang dipohon bagi pengeluaran i-Lestari dikreditkan ke akaun
masing-masing secara pindahan dana elektronik bermula dari 4 hingga 18 Mei.
Menerusi i-Lestari, pencarum boleh mengeluarkan simpanan
maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan dari Akaun 2 masing-masing.
AHLI-AHLI BERIKUT LAYAK UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN I-LESTARI
- Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
- Berumur bawah 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
- Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP DIISI BOLEH DIKEMUKAKAN
MELALUI TIGA (3) SALURAN BERIKUT:
- Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun) https://ilestari.kwsp.gov.my/
- Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my
- Secara pos/pos berdaftar ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari)
- Akaun Bank yang didaftarkan bukan atas nama Pemohon I-Lestari. Akaun Bank yang didaftarkan haruslah sama dengan nama Pemohon I-Lestari.
- Akaun Bank tidak aktif

Kepada Pemohon yang gagal dikreditkan akan dapat sms di telefon anda seperti gambar diatas. Jangan risau, Pemohon I-Lestari haruslah mengikut Proses ini untuk mendapatkan duit I-Lestari anda.
Hubungi KWSP di 03-89226000 untuk bertanya berkenaan I-lestari anda.
Masa Operasi: Isnin - Jumaat 8.00 Pagi ke 6.00 Petang
Semasa Hubungi KWSP
- Pembayaran I-lestari anda akan mengunakan cek. Cek tersebut akan di pos ke alamat yang anda daftarkan.
- Untuk pertukaran Akaun Nombor, boleh di ajukan kepada pihak kwsp yang anda hubungi. Pastikan akaun yang anda daftar kan adalah akaun atas nama anda.
- akhirnya, tunggu cek anda ke alamat yang telah ditetapkan.
Salam nak tanya knp sy punya KWSP dapat 300 sahaja? Mula2 mohon sy letak 500.. mohon pencerahan.. terima kasih .
ReplyDelete