SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN RM100 SEHARI DARI NADMA

AGENSI Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengesahkan hanya
pesakit yang dirawat di wad dan dikenakan perintah pengawasan serta pemerhatian
bagi kontak Covid-19 yang layak menerima bantuan RM100 sehari melalui Bantuan
Tabung Covid-19.
Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu dalam kenyataan
memaklumkan Bantuan Tabung Covid-19 bukan untuk mereka yang terkesan akibat
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Februari hingga 14 April depan
seperti diwar-warkan beberapa laman web tidak bertanggungjawab.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
Anda tidak layak
memohon bantuan ini sekiranya berada dalam kategori berikut:
- Bukan Warganegara Malaysia
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
KADAR BANTUAN
RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan
Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad
hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk
merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja
(one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan
bagi kes yang berulang.
KAEDAH PERMOHONAN
Muat turun dokumen-dokumen di pautan berwarna biru
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
- Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
- Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
- Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)
sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon
boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris
bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C
serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.
CARA BAYARAN
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund
Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari
tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
untuk lebih jelas klik sini
No comments: