Semakan Dan Cara Menuntut Dekoder MYTV Online – Sehingga 31/05/2020

Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah
naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu
inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik
untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa
sebarang bayaran bulanan.
Semakan dan cara menuntut dekoder MYTV percuma secara
online. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional
semuanya layak untuk mendapat dekoder percuma MYTV. Jika anda adalah penerima
BSH maka anda secara automatik.
Jika anda layak, bagaimana pula cara menuntuk dekoder MYTV
percuma anda tersebut. Bahagian ini ramai yang keliru. Nampak nama ada dalam
senarai tetapi tidak tahu mana nak ambil atau tuntut dekoder tersebut.
Kali ini kami ingin kongsikan cara tuntut dekorder MYTV yang
muda agar dekorder anda sampai ke rumah walaupun anda layak dan setelah membuat
semakan online nama anda ada dalam senarai.
SENARAI SIARAN MYFREEVIEW
MYTV menyediakan siaran-siaran percuma (tidak berbayar)
untuk saluran-saluaran TV yang tersenarai di bawah. Saluran lain yang berbayar
juga sedia untuk anda langgan jika berminat dan berkenaan.
- TV1 (HD)
- TV2 (HD)
- TV Okey
- RTM Sports HD
- RTM Bes HD
- TV3 (HD)
- CJ Wow Shop (Melayu)
- CJ Wow Shop (Cina)
- NTV7
- 8TV
- TV9
- TV Al-Hijrah (HD)
- Bernama News Channel
Dan juga siaran radio
- Nasional FM
- Traxx FM
- Minnal FM
- Ai FM
- Klasik FM
- Asyik FM
CARA SEMAKAN DAN TUNTUTAN
Oleh kerana jumlah penerima dekoder percuma adalah sama
dengan jumlah penerima BSH, besar kemungkinan proses pengeluaran dan penyediaan
dekoder tersebut juga terpaksa tunggu giliran. Untuk keluarkan berjuta-juta
dekoder percuma bukanlah perkara yang boleh dibuat dengan mudah. Mohonlah
bersabar.

- Pastikan klik pautan berwarna biru yang telah disediakan di atas
- klik B40

- Masukkan No Kad Pengenalan anda di ruang disediakan
- Klik semak
- Yang dapat MYTV percuma akan dapat seperti dalam gambar ini
- Selepas itu pergi step seterusnya

- Isi maklumat yang diminta
- Pastikan alamat yang di isi adalah tepat

- Selesai isi maklumat yang di minta, Tick kotak kecil untuk pengesahan maklumat yang di isi adalah betul
- yang terakhir, klik hantar
Sila semak di sini sama ada kawasan anda telah tersenarai
untuk menerima rangkaian siaran MYTV.
Tak sabar nk dapat
ReplyDeleteBagaimana nak tuntut sekiranya penama dah meninggal?
ReplyDeleteSaya pn xtahu mcm mna mahu tuntut mytv ni atau kakitangan jkm hubungi kita
ReplyDeleteSaya dari bulan 5 dah kemaskini alamat serta penerima di bawah b40.tetapi sampai sekarang tak dapat mytvdecoder.knp jd mcm tu?
ReplyDelete