PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO - KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN - InfoMalaysiaKini

Breaking

Sunday, 26 April 2020

PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO - KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN




Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penambahan dana khas ke Perkeso dibawah Pakej Prihatin PKS. Ini bertujuan untuk membantu para majikan Perusahaan Kecil Serdehana (PKS) berikut penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Dibawah Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso (EIS) Perkeso, majikan akan mendapatan subisidi gaji bagi memastikan mereka mampu untuk bertahan di bawah Perintah Kawalan Pegerakan. Program ini bertujuan untuk majikan yang membayar caruman Perkeso di bawah EIS.

Sebelum ini pihak majikan boleh menuntut sebanyak RM600 bagi setiap pekerja, Kadar ini telah dinaikkan kepada RM 1,200. Kadar yang boleh dituntut bergantung kepada beberapa faktor seperti bilangan pekerja sesebuah perusahaan. Program ini akan berkuat kuasa mulai 1 April 2020





RM 1,200
Bagi syarikat yang mempunyai maksima 75 pekerja , syarikat boleh menerima subisidi upoah sehingga Rm 1,200 bagi setiap pekerja.

RM 800
Subisidi RM800 adalah untuk syarikat yang mempunyai bilangan 76 hingga 200 pekerja.

RM 600
Subsidi RM600 adalah layak untuk syarikat yang mempunyai lebih daripada 200 pekerja. Bilangan pekerja yang layak telah dinaikkan dari 100 kepada 200 orang



Kelayakan

  1. Pekerja Warganegara Malaysia
  2. Untuk syarikat yang berdaftar dan membayar caruman SIP Perkeso EIS
  3. Gaji pekerja mesti di bawah RM 4,000
  4. Majikan hendaklah memubat akaun syarikat yanng mengalami penurunan pendapatan sebanyak 50% mulai Jan 2020
  5. Program ini bukan untuk mereka yang diberhentikan kerja tetapi untuk mereka yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Permohonan



Permohonan hendaklah dibuat di laman rasmi Perkeso  https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/. Hanya majikan sahaja yang boleh membuat permohonan ini

Borang Permohonan yang di perlukan
  1. Senarai nama pekerja
  2. Maklumat akaun bank majikan
  3. Senarai pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MYCoid
  4. Senarai pendaftaran SSM/ROS/ROB
  5. Akuan Pengisyitharan PSU50
  6. Dokumen sokongan penyata kewangan, laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan.

Untuk maklumat lanjut klik disini


No comments:

Post a comment