MAKLUMAT TAMBAHAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO - InfoMalaysiaKini

Breaking

Monday, 6 April 2020

MAKLUMAT TAMBAHAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO




Berikut adalah maklumat tambahan Program Subsidi Upah PERKESO yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi melalui Pakej Prihatin PKS.

Program ini bertujuan sebagai langkah Kerajaan untuk membantu majikan agar mengekalkan pekerja selama tempoh PKP dilaksanakan di Malaysia.

Sebelum ini, Kerajaan hanya mempertuntukkan RM600 bagi setiap pekerja, namun pada 06/04/2020 Pedana Menteri telah menaikkan subsidi upah kepada RM1,200 (bergantung kepada bilangan pekerja sesebuah syarikat).

Maklumat lanjut adalah seperti berikut



Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang- kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

SUBSIDI UPAH YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KERAJAAN
  1. Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja lebih daripada jumlah 200 orang, subsidi upah diperuntukkan sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.
  2. Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.
  3. Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat- syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.


Bagi yang tertanya-tanya apakah perbezaan ERP berbanding Wage Subsidy, berikut penjelasan dari PERKESO:
  1. ERP adalah bantuan RM600 yang dibayar kepada pekerja melalui majikan mereka bagi tempoh maksimum 6 bulan. Manakala Wage Subsidy adalah subsidi upah sebanyak RM600 sebulan yang dibayar kepada majikan bagi setiap pekerja mereka (terhad kepada 200 orang) bagi tempoh maksima 3 bulan.
  • Secara ringkasnya, ERP adalah untuk pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji.
  • Manaka program subsidi upah adalah untuk majikan yang masih mahu mengekalkan pekerja mereka.



SYARAT KELAYAKAN
  1. Program ini hanya untuk pekerja yang telah berdaftar dan mencarum di dengan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (EIS).
  2. Majikan mestilah membuat akuan syarikat mengalaman penurunan pendapatan sebanyak 50% sejak Januari 2020.
  3. Majikan hendaklah memastikan mereka tidak membuang pekerja, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dan memotong gajisedia ada pekerja semasa menerima bantuan bagi tempoh 3 bulan tersebut dan 3 bulan berikutnya.
  4. Pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah dan ianya terhad kepada100 orang sahaja bagi setiap majikan terbuka kepada semua sektor.


PEMBAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO



Program ini mula berkuatkuasa pada 1 April 2020.
  1. Pembayaran perlu diuruskan oleh majikan sendiri dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran dari PERKESO.
  2. Perlu diingatkan hanya majikan layak memohon bantuan ini melalui portal rasmi perkeso.gov.my
  3. Pekerja hanya boleh memohon bantuan lain yang disediakan oleh Kerajaan seperti BPN atau pengeluaran i-Lestari RM500 sebulan.


DOKUMEN DIPERLUKAN
  1. Berikut senarai dokumen yang perlu disediakan oleh majikan bagi memohon Program Subsidi Upah.
  2. Senarai nama pekerja (terhad 200 orang pekerja)
  3. Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja)
  4. Salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID.
  5. Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB
  6. Akuan Pengisyitharan PSU50
  7. Bukti sokongan adalah seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan.


SENARAI TIDAK LAYAK WAGE SUBSIDY

PERKESO telah memaklumkan bahawa program ini bukan untuk semua pekerja.

Berikut senarai mereka yang tidak layak menerima bantuan ini:
  1. Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan SIP PERKESO;
  2. Pekerja yang sama yang telah mendapat bantuan kewangan ERP pada bulan yang sama;
  3. Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
  4. Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
  5. Pekerja sektor awam, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), pekerja asing dan pegawai dagang;
  6. Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasukfreelancers; dan
  7. Pekerja asing dan pegawai dagang.
  8. Untuk info lanjut anda boleh download FAQ Wage Subsidy disini.










No comments:

Post a comment