SENARAI NOTIS BANK BERKENAAN PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN

Semua rakyat Malaysia yang mempunyai pinjaman di bank akan
diberikan kelonggaran atau dibenarkan untuk menangguh pembayaran balik pinjaman
sedia ada untuk selama 6 bulan. Harus diingat kepada semua rakyat Malaysia, Penangguhan
ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman
perumahan dan kereta.
Walaubagaimanapun, Harus diingatkan bahawa hutang kad kredit
tidak akan termasuk dalam penangguhan bayaran balik. Tetapi, Bagi pemilik kad
kredit yang tidak mempunyai apa-apa tunggakkan, Pihak bank akan memberi
penawaran kepada pemilik kad kredit iaitu pelan pembayaran secara berperingkat
selama tiga tahun. Bagi hutang kad kredit yang mempunyai tunggakan, hutang tersebut
akan ditukarkan secara automatik kepada pinjaman berjadual.
Usaha ini bertujuan untuk memastikan semua peminjam yang terkesan
susulan penularan COVID-19 akan dapat dibantu. Kenyataan berkenaan penangguhan
ini, harus di ingatkan bahawa akan berkuat kuasa bermula 1 April 2020 ini. Ia
akan terpakai kepada pinjaman dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bagi hutang yang
tidak tertangguh melebihi 90 hari pada 1 April.
Senarai notes maklumat penuh bank :-













Untuk maklumat lanjut, pengguna dinasihatkan merujuk kepada
bank masing-masing.
No comments: