SENARAI DAN CARA UNTUK MEMOHON BANTUAN KERAJAAN SEMASA COVID-19. ANDA MUNGKIN BOLEH MEMOHON !!!

untuk permohonan bantuan kerajaan, klik pautan berwarna biru
Tidak dipertikaikan lagi bahawa penularan wabak Covid-19 yang semakin
meningkat di Malaysia telah mengakibatkan rakyat Malaysia mengalami kesusahan dalam
kehidupan harian. Covid-19 ini bukan sahaja telah menjejaskan kesihatan, malah
turut menjejaskan perniagaan dan kehidupan sosial masyarakat.
Pada masa sekarang, syarikat penerbangan Malaysia
Airlines telah pun membuat tindakan bahawa seramai 13,000 pekerja syarikat tersebut
perlu mengambil cuti tanpa gaji kerana banyak penerbangan yang terpaksa
dibatalkan.
Itu baru satu syarikat penerbangan, bayangkan banyak lagi
syarikat dan premis perniagaan yang lain telah mengarahkan pekerja bercuti
seketika berikutan dengan penularan wabak yang berlaku di mana telah
menyebabkan ramai pekerja terpaksa menanggung nasib cuti tanpa gaji.
Berikutan dengan masalah yang berlaku ini, kerajaan telah
memutuskan untuk memberi beberapa jenis bantuan kepada individu yang memerlukan
untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Berikut adalah jenis-jenis bantuan yang kerajaan peruntukkan
susulan penularan wabak Covid-19.
BANTUAN KERAJAAN SUSULAN PENULARAN WABAK COVID-19
1. Bantuan Bagi Pekerja Yang Terpaksa Cuti Tanpa Gaji
Bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan akan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak Covid-19.
Pekerja yang layak menerima bantuan ini adalah pekerja yang
diberi notis kerja tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Penerima bantuan ini juga layak
untuk mencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi
RM4,000 sebulan.
Seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah tersebut
dengan peruntukan sebanyak RM120 juta. Klik permohonan untuk memohon
PERMOHONAN
PERMOHONAN
2. Bantuan Kepada B40 Yang Menerima BSH
Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan pada 27 Februari 2020 melibatkan pembayaran BSH 2020 fasa 2 sebanyak RM200 yang dijangka pada Mei 2020 telah diawalkan bayaran pada 16 Mac 2020.
Penerima BSH 2020 juga akan menerima bantuan tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dan juga e-tunai sebanyak RM50 yang akan disalurkan pada Mei 2020.
3. Diskaun Penggunaan Elektrik
Diskaun TNB sementara selama enam bulan sebanyak 15% daripada bil elektrik secara bulanan bagi agensi pelancongan, syarikat penerbangan, pusat membeli belah, pusat konvensyen dan pameran diperuntukkan mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020.
Diskaun caj elektrik juga diberikan kepada pengguna dalam
sektor komersial, perindustrian dan pertanian serta pengguna domestik sebanyak
2% untuk tempoh 6 bulan bermula 1 April 2020.
4. Pemberian Kontrak Bagi Kontraktor Kerajaan
Projek-projek kecil seperti kerja penyelenggara dan pembaikan infrastruktur kecil seluruh negara terutamanya di luar bandar bernilai RM2 bilion yang diumumkan dalam PRE2020 oleh PM7 akan mula dilaksanakan pada bulan April 2020.
Proses pemberian kontrak akan dipercepatkan bagi membantu
kontraktor kerajaan.
5. Penangguhan Bayaran Pelanggan TEKUN, Bank Rakyat dan SME
Bank
Pelanggan 3 institusi kewangan atau peminjam wang di bawah
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu TEKUN, Bank Rakyat dan SME
Bank yang terkesan akibat Covid-19 dibenarkan menangguh bayaran pembiayaan
selama 6 bulan mulai hari ini.
SME Bank menawarkan dana pinjaman khas RM1 bilion dengan
kadar faedah rendah 3.75% kepada semua SME.
Lihat ini senarai 19 bank yang menawarkan penangguhan bayaran loan

6. Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari
Tahukah anda kerajaan akan menyalurkan bantuan COVID-19 sebanyak RM100 sehari kepada individu yang terkesan wabak Coronavirus.
Bantuan ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr
Adham Baba dengan geran sebanyak RM1 juta. Bantuan ini terhad kepada individu
yang tiada pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang 14 hari tempoh pengawasan
di rumah.
untuk download borang permohonan, klik pautan berwarna biru
7. Pencarum KWSP Dibenarkan Keluarkan RM500
Untuk makluman Perdana Menteri telah mengumumkan yang
pencarum KWSP dibenarkan untuk keluarkan RM500 sebulan dari akaun 2. Pengumuman
ini merupakan sebahagian dari Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat
akibat COVID-19.
Cara Daftar dan Keluarkan Wang KWSP Akaun 2


Menurut PM, kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk semua ahli KWSP yang berumur
bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2
masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama
12 bulan.
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini
dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah
pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan penularan wabak penyakit ini dan bantuan disediakan bagi membantu rakyat yang mengalami kesusahan disebabkan wabak penyakit ini.
Kita pula sebagai rakyat haruslah bertanggungjawab dalam
memastikan penularan ini berkurangan dengan sentiasa mengikut perintah
kerajaan. Semoga penularan ini tidak berpanjangan dan ada jalan
penyelesaiannya.
permohonan bantuan rm100 sehari
ReplyDelete