PERMOHONAN PENGAGIHAN BANTUAN B40 YANG TERJEJAS

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) akan dilanjutkan
sehingga 14 April 2020 kerana kes positif Covid-19 semakin meningkat di
Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Perdana Menteri Malaysia telah
mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional yang diagihkan kepada semua Rakyat
Malaysia yang terkesan dengan Wabak Covid-19.
Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch telah membuat satu
program iaitu Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai
peruntukan untuk membeli makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan
(PKP). Kepada Rakyat Malaysia yang berada di Semenanjung yang memerlukan
Bantuan dari Malakat Mall, harusalah membuat permohonan terlebih dahulu untuk
menerima bantuan tersebut.
kerjayasemasa.com akan memberikan maklumat berkenann cara
untuk membuat permohon Bantuan Bekalan Makanan sebagai rujukan anda.
PENGAGIHAN BANTUAN
B40 YANG TERJEJAS
Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch melancarkan
Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai dana untuk membeli
makanan semasa tempoh kawalan terhad pergerakkan. Jika ANDA memerlukan bantuan
pembekalan makanan dan tinggal di kawasan terbabit, sila mohon dengan segera.
Zero Hunger, merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy
Bunch yang membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan
tidak berkemampuan.
Sehubungan itu, kami akan menyediakan 1000 bakul berisi
makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada
keluarga golongan B40 yang layak bagi membantu meringankan beban mereka.
Kami juga akan memberi Nasi Bungkus siap masak untuk mereka
yang tidak mempunyai makanan langsung.
Kaedah agihan ialah dengan mengenal pasti beberapa lokasi
strategik untuk golongan sasaran bagi memudahkan mereka akses kepada bantuan
tersebut.
SYARAT-SYARAT PEMOHON
PENDAPATAN ISI RUMAH
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan dan bekalan makanan yang tidak mencukupi
TANGGUNGAN ISI RUMAH
- Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang tinggi
PEKERJA YANG BERCUTI TANPA GAJI
- Pekerja-pekerja yang mendapat notis bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh COVID-19
HILANG PUNCA PENDAPATAN KELUARGA
- Masalah-masalah lain yang menyebabkan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan
PENIAGA PASAR MALAM
- Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan menjana pendapatan kerana perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan
IBU TUNGGAL
- Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak.
PERMOHONAN
Jika ingin memohon bantuan makanan yang akan diagikan, klik pautan berwarna biru yang terletak dibawah.
PENGANJUR BANTUAN PEMBERIAN MAKANAN

- Projek ini telah dianjurkan oleh syarikat Bumiputera di Malaysia
- Malakat Mall telah diuruskan oleh Usahawan Muslim 100%
- Pengasas Brainy Bunch iaitu Coach MOHD FADZIL HASHIM
No comments: