MAKLUMAT BERKENAAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL - InfoMalaysiaKini

Breaking

Saturday, 28 March 2020

MAKLUMAT BERKENAAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL






BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
  1. Pemberian tunai secara one-off
  2. Peruntukan hampir RM10 bilion, 
  3. Pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. 




JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DIBUAT IALAH:

PERTAMA: RM1,600

KELAYAKAN :
  • berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

TARIKH :
  • RM1,000 pada bulan April 2020
  • RM600 pada bulan Mei 2020.


KEDUA: RM1,000

KELAYAKAN :
  • berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000

TARIKH :
  • 500 pada bulan April 2020
  • RM500 pada bulan Mei.


KETIGA: RM800

KELAYAKAN :
  • individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

TARIKH :
  • RM500 pada bulan April 2020
  • RM300 pada bulan Mei 2020.


KEEMPAT: RM500

KELAYAKAN :
  • individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000.

TARIKH
  • RM250 bulan April 2020
  • RM250 pada bulan Mei.


Baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020. Penjelasan berkenaan BANTUAN PRIHATIN NASIONAL dan BANTUAN SARA HIDUP tidak akan berkaitan segi pembayaran dan tidak akan ditolak. maksudnya, pembayaran mengikut yang telah dijanjikan.





TIADA TARIKH TEPAT DIUMUMKAN DAN AKAN DIUPDATE DARI MASA KESEMASA
  1. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah diumumkan pada 27 Mac 2020 (Jumaat) yang melibatkan pemberian BANTUAN PRIHATIN NASIONAL kepada golongan B40 dan M40.
  2. Kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
  3. Sebarang makluman berkenaan Bantuan Prihatin Nasional boleh diperolehi pada Portal Rasmi BSH. klik disini
  4. Pemohon dinasihatkan untuk ELAKKAN daripada mengisi apa-apa borang atau mendapatkan makluman daripada laman web yang tidak diketahui kesahihan atau melalui panggilan telefon bagi mengelakkan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
  5. Penerima juga tidak perlu membuat sebarang permohonan baru atau kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat berlaku.
  6. Semakan permohonan Bantuhan Sara Hidup. Klik disini
  7. Berkemungkinan permohonan akan dibuka. Baca kandungan dibawa


PERMOHONAN BARU & KEMASKINI
  1. Sebelum membuat permohonan, pastikan baca semua kelayakan yang diperlukan. klik disini
  2. Sekiranya anda layak, sila mohon secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my, atau secara manual di mana-mana kaunter LHDN berhampiran.
Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat berikut:
  1. Status perkahwinan 
  2. Alamat surat menyurat 
  3. Nombor telefon 
  4. Maklumat akaun bank
  5. Maklumat pasangan dan tanggungan
  6. Maklumat waris


MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Akibat dari perintah PKP, Kaunter dan Talian Hotline BSH (1-800-88-2747) tidak beroperasi mulai 26 Mac 2020 berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, pemohon digalakkan untuk mendapatkan maklumat BSH secara dalam talian melalui portal rasmi bsh.hasil.gov.my



No comments:

Post a comment