BERKUAT KUASA 1 APRIL - CARUMAN KWSP RM500 SEBULAN DARI AKAUN 2

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan untuk pengeluaran
caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan berkuat kuasa 1 April
ini bagi membantu untuk meringankan beban ditanggung rakyat di Malaysia.
Perdana Menteri berkata inisiatif pengeluaran menerusi
i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan
pencarum bawah usia 55 tahun.
Beliau bercakap kepada media selepas mempengerusikan
mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi hari ini.
Katanya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Pakej
Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan
diumumkan dalam tempoh terdekat.
Katanya inisiatif itu akan membabitkan dana berjumlah RM40
billion.
"Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur
bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2
masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama
12 bulan.
"Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020.
Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan
jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion," katanya.
No comments: