
Iklan terbaru jawatan kosong kepada pemohon yang berminat
untuk bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam bidang Pembantu Perawatan Kesihatan / Atendan, permohonan ini boleh dibuat melalui portal rasmi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Sebelum membuat permohonan sila mengikut
langkah-langkah memohon di bawah supaya anda tidak terlepas dalam menjawat
jawatan ini.
Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat
pengambilan jawatan kosong secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang
berkelayakan untuk menjawat jawatan yang telah diiklankan seperti dibawah.
1. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN / ATENDAN
Permohonan jawatan kosong yang tertera adalah permohonan
secara terbuka yang boleh dibuat secara terus melalui portal Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA).
CARA MEMBUAT PERMOHONAN :-
Pemohon yang layak dan berminat untuk mengisi kekosongan
jawatan yang tertera boleh membuat kemaskini permohonan jawatan tersebut
melalui link di bawah.
KLIK LINK : https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Setelah pemohon klik link tersebut, pemohon yang berminat
haruslah terlebih dahulu mendaftar sebelum membuat permohonan dalam jawatan
tersebut.
PERINGATAN : HANYA ISI KELAYAKAN TERTINGGI SPM SAHAJA
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon haruslah sekurang-kurangnya berumur 18 tahun keatas
- Pastikan mempunyai sekurang-kurangnya taraf pendidikan iaitu Penilaian Menengah Rendah
- (Gaji permulaan Gred U11: RM1,204.00).
- Bahasa Melayu sekurang-kurangnya “ C ” dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).