PANDUAN DAN CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN PPRT

PELUANG KERJAYA
0

Kerajaan telah mengumumkan dan melaksanakan bantuan untuk rakyat Malaysia iaitu PPRT bertujuan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Kerajaan telah menyediakan bantuan rumah PPRT. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga mendapat kelebihan seperti program latihan kemahiran dan program peningkatan pendapatan yang membentuk suatu pakej nilai tambah untuk memperkasa dan memberi keupayaan kumpulan sasar membentuk jati diri, rakyat yang berada Malaysia akan dapat mewujudkan pendapatan sendiri selain memiliki kediaman yang selamat dan selesa.

Objektif utama kerajaan adalah memberikan sesuatu agar kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin iaitu membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga

Untuk membuat permohonan, Rujuk Pautan berwarna biru 


JENIS BANTUAN YANG DIBERIKAN

BINA BAHARU
- Tidak mempunyai rumah sendiri untuk di diami 
- Rumah yang sedia ada tidak selamat untuk diduduki dan dalam keadaan uzur.

BAIK PULIH
- Harus diingat bahawa baik pulih hanyalah kompenan-kompenan asas yang ada di dalam rumah anda. Kompenan baik pulih adalah seperti dibawah 
  1. Bumbung
  2. Atap
  3. Siling
  4. Tangga
  5. Dapur 
  6. Tandas
  7. Pintu
  8. Dinding
  9. Lantai
  10. Tingkap
  11. Perpaipan
  12. Perparitan
  13. Pendawaian elektrik

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON



KUMPULAN SASAR

  1. Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.
  2. Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:

  • disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  • diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di               peringkat negeri; atau
  • kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  • diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian


 Syarat bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:
  1. tidak mempunyai rumah;
  2. rumah yang dalam keadaan tidak selamat 
  3. tidak ekonomik untuk dibaiki;
  4. memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
  5. pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).

 Syarat bantuan Baik Pulih:
  1. Bantuan diberikan kepada pemohon yang mempunyai rumah tetapi dalam keadaan uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  2. Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.

Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
  1.  warga emas;
  2. orang kurang upaya (OKU);
  3. ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  4. mangsa bencana yang berskala kecil; dan
  5. Keutamaan program PPRT adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar 








PANDUAN PERMOHONAN :-



BAGI PENYATAAN LANJUT

( SABAH )


( SARAWAK )


( KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR )



PERINGATAN KEPADA PEMOHON :-

Untuk permohonan lebih lancar, Pemohon haruslah berdaftar di bawah e-kasih .......






Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !