KUNCI UNTUK DIPANGGIL OLEH SPA8

PELUANG KERJAYA
0


Banyak keluhan yang saya baca seperti ramai telah memohon melebihi daripada 5 tahun tetapi tidak mendapat maklumbalas. Adakah mereka memang tidak mempunyai peluang untuk berkerja dalam sektor kerajaan atau mereka melakukan kesalahan. Berikut adalah tips dan cara yang tepat bagaimana untuk anda membuat permohon, kemaskini dengan betul.




MAKLUMAT YANG DI ISI ADALAH TEPAT DAN BENAR

Sebelum membuat permohonan dalam jawatan spa8, pastikan anda mendaftar di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA 8) untuk mengisi semua maklumat anda. Untuk membuat Pendaftaran SPA8, Pemohon yang berminat boleh klik Link yang ada dibawa ini.



Maklumat diri anda yang diminta, pastikan diisi dengan baik  dan disimpan selepas membuat sebarang perubahan.



Harus diingatkan bahawa pemohon yang mempunyai diploma hanyalah boleh memohon dalam jawatan Gred taraf SPM dan DIPLOMA sahaja. Manakalah yang hanya mempunyai SPM sahaja, pemohon boleh memohon dalam jawatan Gred PMR dan SPM sahaja. 



UPDATE IKLAN PELUANG KERJAYA

SPA8 akan sentiasa mengiklankan jawatan kosong terbaru di Peluang Kerjaya. Dengan adanya iklan tersebut, pemohon akan dapat memastikan jawatan yang terbaru. Klik link dibawa untuk pergi ke IKLAN PELUANG KERJA.




Iklan Peluang Kerjaya akan memudahkan semua pemohon untuk memastikan jawatan yang ada di iklan tersebut adakah layak atau tidak. Disebabkan jawatan yang diiklankan, terteranya syarat kelayakan untuk memohon jawatan tersebut. Kalau anda layak, memohon lah jawatan tersebut, kerana saya pasti anda akan dipanggil ke peringkat seterusnya.


MEMBUAT PERMOHONAN JAWATAN SPA8

Selesai baca iklan SPA8, Pemohon haruslah terus memohon jawatan yang tertera diiklan tersebut andai syarat kelayakan yang tertera semua anda lepas. Saya akan menjaminkan anda akan ke peringkat seterusnya iaitu exam atau temuduga.

Permohonan Jawatan Spa8 hanya boleh memohon 15 jawatan sahaja. Oleh itu, anda haruslah bijak untuk memilih jawatan yang betul-betul anda layak.


Polis Penjara dan Bomba adalah jawatan 90% yang akan anda dipanggil untuk ke peringkat seterusnya. Oleh itu, siapa yang betul-betul yang berminat, masukkan dalam permohonan Spa8 anda. Semoga Berjaya


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !